? ??????????????Subtle Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (184 Ratings)??104 Grabs Today. 35850 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.5 (11 Ratings)??63 Grabs Today. 36971 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, February 18, 2010

Rakan-rakan seperjuangan di UPSI

Terima kasih kpd tuhan kerana bagi peluang untuk kita berkenalan... Harap persahabatan kita akan kekal selama-lamanya...

Tuesday, November 17, 2009

Kisah tentang saya pergi ke Tanjung Malim

Kehidupan saya yang berada di Tanjung Malim terdapat banyak pengalaman yang sungguh istimewa! Saya mengatakan sedemikian adalah disebabkan di sini terdapat banyak pengalaman yang pahit, manis, masam dan pedas.....

Pahitnya.....
Disebabkan seorang diri yang datang ke tempat ini dengan membawa bag yang besar dan barang yang banyak dengan diri sendiri datang ke tempat yang asing bagi saya.
Di sini tiada saudara mara dan tiada kawan...

Semasa bus yang saya naiki sampai ke Station Tanjung Malim, saya tidak tahu mahu cari tempat tinggal di mana...

Akhirnya saya pun menaiki sebuah taxi pergi ke Taman Bahtera untuk mencari Hotel yang berdekatan dengan Kolej Kediaman Harun Aminurrashid. Hotel yang saya carikan adalah Hotel Sarana. Malangnya bilik-bilik di hotel itu telah habis di tempah...

Taxi yang ambil saya tadi pula sudah pergi...
Masa itu saya rasa begitu bimbang dan gelisah...
Saya pun cuba bertanya seorang lelaki yang memandu kereta kelisa dengan membawa dua orang penumpang yang cuba mencari bilik di hotel tersebut, " boleh tak saya mahu tumpang kereta anda pergi ke pekan?" Lelaki itu pun menjawab kereta yang dia bawa itu adalah taxi...

Saya pun menaiki kereta itu pergi ke pekan untuk mendapatkan tempat tinggal...
Saya pun pergi ke Hotel Bunga Raya untuk dapatkan bilik...
Semasa tiba di sana saya pun bertanya di kaunter itu, "tauke saya bilik single tak?" Tauke itu menjawab bilik single sudah habis ditempah...

Saya pun bertanya kepada pelajar baru DPLI yang baru saya jumpa itu boleh tak saya mahu kongsi bilik dengannya. Nasib baik saya dapat berkongsi bilik dengannya. Walaupun baru kenal tetapi saya rasa selesa bersama dengan mereka. Mereka adalah dari Sabah dan beretnik Bidayuh, mereka adalah sepasang kekasih yang telah bertunang...
Tunang pelajar perempuan telah tempah dua buah bilik, iaitu sebuah bilik single dan sebuah bilik double, jadi barulah saya cuba bertanya pelajar perempuan itu untuk berkongsi bilik bersama dengan saya.

Manis...
Saya berasa sungguh gembira semasa bertemu dengan pasangan kabel ini, kerana mereka adalah orang yang peramah dan juga baik hati.
Saya akan mengingati jasa baik mereka selama-lamanya walaupun jarang berpeluang bertemu dengan pelajar DPLI ini...

Masam...
Semasa orientasi berlaku saya berasa begitu masam sekali kerana rasa begitu serabut sekali kerana perlu menghadapi banyak masalah terutamanya masalah penyesuaian.

Pedas...
Saya rasa begitu pedas sekali semasa disuruh untuk mencarikan tempat tinggi dengan diri sendiri...
Saya berasa marah dan tidak puas hati...
Kenapa kita yang sebagai pelajar baru di sini perlu mendapatkan tempat tinggal dengan sendiri...
Saya telah menelefon beberapa number telephone yang telah diberi oleh SMS...
tetapi saya masih gagal mendapatkan tempat tinggal lagi...
Saya pun cuba tanya orang yang dulu sama University dengan saya untuk dapatkan tempat tinggal...
Nasib baik saya jumpa orang yang baik hati untuk membantu saya dapatkan tempat tinggal...
Orang ini adalah coursemate saya sekarang yang masih suka membantu...
Jasa baik beliau akan saya ingat selama-lamanya...